Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Donno what happened, either it was hacked or my own mistakes. But all previous photos in this blog has gone no where. Cannot be seen unless you see it in my HD :-). Life goes on.. still have no time to rectify this defect, still no time to repost all lost photos. But, for new artworks and articles, insya Allah from time to time i will update. Thank you for visiting and purchasing. To contact me, please use my email. God bless us all

Monday, December 24, 2012

Fatwa

Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan Seumpamanya

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-69 yang bersidang pada 13-15 Jun 2005 telah membincangkan Hukum Menulis Ayat-Ayat Al-Quran Mengikut Reka Bentuk Alat Permainan Seperti Wau, Tumbuhan, Bunga-Bungaan Dan  Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Penulisan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk hiasan yang keterlaluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pembaca adalah dilarang;
     
  2. Penulisan khat ayat al-Quran boleh dibuat dengan syarat ditulis dengan betul dan dapat dibaca;
     
  3. Tulisan khat ayat al-Quran tidak boleh dicampuradukkan dengan ayat-ayat lain sehingga boleh mengelirukan pembaca;
     
  4. Tulisan khat ayat-ayat al-Quran mestilah ditulis dengan sempurna dan susunan ayat-ayatnya tidak boleh terputus-putus sehingga mencacat atau mengelirukan atau mengubah maknanya; dan
     
  5. Tulisan seni khat ayat-ayat al-Quran yang dibuat dalam pelbagai bentuk sehingga menimbulkan kekeliruan dan menghilangkan tujuan ayat-ayat al-Quran diturunkan iaitu untuk dibaca, difahami dan dihayati adalah dilarang.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menulis-ayat-ayat-al-quran-mengikut-reka-bentuk-alat-permainan-seperti-wau-tu

Sunday, December 23, 2012

MENJAWAB ISU MEMBUAT TUDUHAN HIPOKRIT (2)

ini postingnya:

Abi Husna dont be hipocryte: isu is buat kufi tanpa titik. so long , FoKs refer kufi to Jawi dan jawi memang sah sah bertitik. Dan kufi ini asalnya dari penulisan Quran yang mana kufi tanpa titik telah jadi bahan sejarah. Tidak lagi di praktikkan. Tetiba kita nk praktikkan balik atau nak menghalalkan balik kufi tanpa titik? Ini bahaya sebab kufi and alquran berkait. Walaupun buat kufi itu bukan ayat, tapi kita masih memiinjam tulisan alquran. Kalau org yg baru nak belaja2 kufi tengok tanpa studi, dia ingat boleh bua kufi tanpa titik. I hope u guys can see what my worry. Kita bermain dengan barang mukjizat, bukan ikut kepala otak kita. Barang terpelihara. Sedangkan hukum membuat khat ayat berbentuk orang diharamkan kerana kesucian huruf quran dilukis dikaki, di punggung orang, apatah lagi menghilangkan huruf atau tandanya yang merupakan mukjizat. Kalau nak berkufi gaya resam uthmani kena ikut qiraat dia. Lainlah kalau kita buat resam sendiri i.e resam FoKsie cthnya, boleh aje nak tulis macamana asal resam itu kita terima pakai. (fakta ini saya pegang kpd ada ulamak membolehkan menulis quran dalam bahasa arab moden) tapi siapalah kita utk keluar dari aliran yg telah disepakati jumhur ulamak muktabar? Dan sekiranya kufi itu dibuat sebagai logo, saya masih reserve saya punya komen. Harap tuan2 faham maksud saya. Bukan nak halau jin, walaupun nampak banyak jin kat sini,,, ada yg pakai toncet lagi..
 (rujukan https:
//www.facebook.com/photo.php?fbid=509497035738026&set=o.134555229906187&type=1&theater)

ini puncanya:


Ariff Ashaari saya nak tanya satu jer: Kufi Did-Ji-Ri-Du ni ayat Quran ke atau Logo (nama sebuah alat musik)?
Pertanyaan arif ini adalah kerana beliau nak menghalalkan solution yang beliau dapat ini - tanpa titik.

Sebelum posting ni :
Fahmi Wanie TQ! Rupanya ada juga variasi yg tanpa titik... Kufi tradisional ye?
Ariff Ashaari guna hanya bila sesuai, variasi 'back to ole school'
Abi Husna Khalifah Uthman telah mengharamkan penggunaan tulisan2 kuno tanpa titik malah telah membakar semua suhuf2 lama kerana ditakuti akan mengelirukan umat Islam dalam membaca alQuran. Ini dilakukan setelah usaha pembukuan alQuran ibuat dengan resam Uthmani yang diperakui oleh semua Ulamak muktabar , malah ulamak mengharamkan pengguguran sebarang huruf atau tanda dari tulisan alQuran resam Uthmani kerana setiap huruf alQuran adalah mukjizat. Specimen2 tanpa titik yg ada hari ini adalah bahan sejarah yg tak perlu dihidupkan kembali. Wallahu a'lam
Fahmi Wanie kiranya walaupun kita translate dari rumi ke jawi penggunaan huruf ada titik perlu ada la ye?
Abi Husna tulisan jawi memang ada titik
Abdul Syakir huhu.. cam mane tu pula tuan Ariff Ashaari.
Ariff Ashaari relax, ini bukan Quran
Azizi Mohammed Isa yg kita dok pulun belajar ni pun sesuatu yg telah diharamkan.. ye tak? (klu ikut statement tu la..)..
Abi Husna saya tak mengajak kepada polemik, saya bagi tau apa yg saya tau , maaf
Fahmi Wanie jadinya penggunaan huruf ayat al-quran dlm berkufi perlu sempurna hurufnya, kalau ada titik, titiklah ia dan penggunaan rumi yg kita gunakan translate kepada jawi penggunaan huruf kufi yang titik kita boleh mansuhkan mengikut keadaan kan?
Fahmi Wanie *mansuhkan titik*

arif kata kufi ole school. Kalau ole school ke, kuno ke, atau macam istilah azizi - jurasic ke, tak sama macam jawi moden. Jawi yang kita guna pakai sekarang jawi moden. Kalau ole school ke atau jurasic ke, ejaan dia tak sama dengan jawi moden, tapi masih bertitik. tak caya, cek kitab kuning- Titik tetap ada tapi ejaan tak sama. Contoh, ejaan bumi pada jawi lama adalah Ba Wau Mim sedangkan ejaan pada jawi moden Ba Wau Mim Ya, warna di eja Alif Ra Nun sedangkan jawi moden eja Wau alif Ra Nun Alif. Titik tetap ada,  tak dibuang.

Titik yang tak ada adalah dalam tulisan arab kuno sebagaimana penerangan saya dalam posting di atas. Jadi di sini, karya  Did Jiridu ini menggunakan tulisan apa? Jawi ?- salah, sebab tak ada titik. Arab kuno? Tak pernah kita prakikkan di FoKS malah carta huruf juga kita ubah dari arab kuno ke Jawi, contoh Alif bengkok, FoKS tak approve. Ini baru bab karakter huruf. kita tak sentuh bab resam (cara tulis) di sini sebab cara tulisnya betul ikut jawi tapi  ikut uthmani mungkin tak betul sebab tulisan uthmani ada baris.

kenapa saya kata  dont be hipocryte ? sebab  dalam amalan FoKS sentiasa refer kepada jawi, contoh:
kata Adrin :
1.Every stroke direction and stroke count is important in KUFI, do not CHEAT :-)
2. bila tulis kufi, atau judge kufi, mesti sentiasa ada STROKE MINDSET mcm ni 

contoh ke 2:
arif sendiri refer directly kepada Jawi dalam mencipta karakter huruf w/pun Jim yang ke 3 tu diperdebatkan dan bagi saya, saya tak boleh terima.

Moralnya di sini, baik dalam karakter huruf, mahupun stroke - FoKS refer kepada jawi. Lalu apa alasan untuk menggugurkan titik? Sebab tak dapat solution untuk Did Ji RiDu?Thats y saya kata jangan hipokrit. On one hand kita sangat strict ikut jawi, tapi bila jumpa masalah, tak boleh nak solve- kita abaikan prinsip2 jawi. Sudahnya FoKS jadi cacamerba.

 Saya dapat sollutionnya- 
ada sesiapa nak komen tentang wau ? Itu variasi saya. Atau nak komen tentang Ya? Itu strok saya, yang penting saya tak korbankan titik - orang senang2 boleh baca itu did Jiri Du.



Seterusnya, isu berkaitan :

Azizi Mohammed Isa ok, biar sy re-phrase balik
> kita sume SEPAKAT utk mengatakan bhw kufi tnpa titik tu adalah khat tertua (malah dlm penulisan AlQuran pn), ada yg gelar (paper) kufi kuno, atau antik, atau jurasik, atau olskool.. betulkan?

Salah - khat tertua bukan kufi. kufi adalah adaptation dari tulisan tulisan2 lain termasuk aramaic dan kufi yang digunakan untuk menulis Quran bukanlah kufi Murabba' atau angular kufic (rujuk Islamic Awarness dll) tetapi beberapa jenis kufi berlengguk (fatimi dll)

> rasanya sume kufier di dunia ini SEPAKAT bhw kita cuma mengaplikasikan kesenian visual yg ada pd kufi ini shj. klu pn ada kufi yg ditulis "Ayat" pn (atau pn tanpa titik), ia masih tertakluk kpd seni hiasan visual & bukannya utk tujuan pembacaan ataupn pembelajaran formal.. betulkan?

Memang ada pendapat mengatakan kufi square ini hanya utk tujuan hiasan namun begitu itu tidak menghalalkan untuk menghilangkan apa2 hurf atau tanda dari ayat alquran

> kita di FOKS ini pn sepakat bhw kita hanya mahu belajar kufi ini dengan kaedah/hukum/pengkiraan/bentuk huruf/dll yang kita sume SEPAKAT mengenainya.. betulkan?
so, biasakan yg betul & betulkan yg biasa.. sbb itu adalah nilai yg biasanya diSEPAKATi... peace..

Sebab tak sepakat lah berlakunya perbincangan ini. Semua harus sedar bahawa di FoKS tidak ada guru. Kalau dulu Awang Purba boleh dianggap guru sebab (dalam penilaian saya yang tak kenal awang personally) Awang ada formal education . Begitu juga Ustaz Wahab, w/pun aliran utama ustaz wahab bukan square kufi tapi asas khat2 lain pun ada yang bersamaan dengan kufi.Ingat tak bagaimana Awang mengajar kita tentang hukum spiral ? Itulah guru yang mengajar secara akademik. Dan ingat tak bagaimana Ust Wahab menegtengahkan Lam Mim bersambung dengan mim jalan dulu dari lam? Dalam khat lain boleh tapi tak sesuai dengan kufi sebab melawan hukum spiral, namun apa yang Ust Wahab bagi itu satu ilmu juga. Contoh2 lain, sila korek sendiri posting2 lama di foKS. Begitu juga dgn Hilmy dan MSY - mereka antara pioneer kufi yang ilmu mereka banyak tercurah ke FoKS w/pun aliran awal Hilmy adalah bridging dan tak disukai oleh foKS. Tak semestinya apa yang FoKS approve diterima sebulat suara, ada yang diterima ada yg tak tetapi kerana tidak mahu mensensasikan isu, perkara itu didiamkan dulu. Oleh kerana kita-kita ni setakat belajar di FoKS saja adalah tidak manis utk kata orang tu salah orang ni betul kalau dari segi stroknya saja tetapi bagi saya kalau karakter huruf tak betul, memang sah sah salah. Juga tidak boleh mengatakan hanya kita yang betul kalau setakat idea itu terbit dari pemikiran kita semata2. Belajar apa pun kena ada guru, kalau kita setakat fikir sendiri dan kata itu final - payah lah macam ni.

Kenapa cara Sakal tidak di apply di FoKS? Kerana dia masih mengekalkan font kufi purba dalam karyanya contoh - menghilngkan titik.


                                           Calligraphic Name for Khaldoun and Safa Fansa
Sepatutnya medan perbincangan di foks merujuk kepada 'guru'2 selain dari idea sendiri tetapi apa yang terjadi seolah2 semua  kena ada kata putus dari arif. Kalau dulu2 saya perasan yang saya banyak 'melawan' sehingga seolah di FokS ini wujud kroni. Kalau hujah saya betul sekalipun orang segan nak angguk sebab ia datang dari saya tapi akhir2 ni saya terperasan ada orang yang berani memegang hujah mereka sendiri sehingga berlaku beberapa perbincangan hebat.

saya harap point ini di lihat dengan akal dewasa sebab apa yang saya maksudkan di sini ialah :
1.perbincangan kena ada give and take
2.kita kena ada rujkan luar bukan setakat kalangan FoKS semata2.

Ini belum masuk bab layanan "kasar" otai2 dan junior berlagak otai. Kalau saya sentuh isu ni  mau gaduh dengan orang2 yg berfikir pakai kepala lutut dan orang yang berani dengan geng sahaja. Saya taak mau sentuh isu ni, tapi fyi saya simpan posting2 lama and somebody here knew abou it. Lupakanlah bab layanan ni sebab itu lebih kepada peribadi seseorang cuma bagi saya yang kaki provoke ni, memang saya bagi balik, kerana itu stail saya. Sebab itu sesetengah orang akan lihat saya sebagai keras, tapi mereka lupa sejarah.

Ariff Ashaari kalau kufi "Did-Ji-Ri-Du" ini wujud di zaman khalifah Uthman pon, rasa nya Khalifah Uthman biarkan je, sebab jelas ini bukan AYAT QURAN

Saya tak berani nak bergurau dengan khalifah...

Azizi Mohammed Isa betul.. klu x, xde lah kufi antik kat dlm Kaabah atau kat dinding mimbar masjd Nabawi...betulkan?
Ariff Ashaari tau takpe hehehe...cer ulang tayang balik untuk pencerahannya!

Azizi tau ke tarikh kufi yang dipamir di dalam kaabah dan yang ada di masjid nabawi tu?Kalau tak tau tarikhnya baik takyah buat statement ni. Sebabnya - rujuk Islamic Awarness dan artikel berkaitan on the net. Saya pernah bertanya kepada george tentang maklumat kufic yang diperolehinya, dan kata george kebanyakannya  dari internet dan dengan bantuan mahdi dari isfahan. Manakala ada satu thesis di sebuah universiti English berkenaan kufi ini namun george belum memperolehinya dan setahu saya yang ada PhD daalam square kufic adalah Mamoun sakkal namun saya belum berhubung dengannya lagi.

Tak kenal george? Tak kenal Mahdi? .... nasib kau lah labu....

Abi Husna belasah lah nak belasah apapun, i'm out because of discussion because i have deliver what i should deliver. Bhasa alquran itu bahasa mukjizat, kenapa quran tidak ditulis dalam bahasa arab moden w/pun ada ulamak membolehkannya?
Ariff Ashaari out of topic lah Abi Husna, sorry saya tak perlu jawab 

-end-

Saturday, December 22, 2012

MENJAWAB ISU TUDUHAN HIPOKRIT (1)
Berhubung tuduhan saya kepada sesetengah ahli FoKS yang hipokrit dalam berkarya, yang dipanjangkan oleh Ariff ke page FoKS confidential utk dijawab maka inilah jawapan saya. Maaf kerana menggunakan media blog saya untuk menjawab kerana jawapan saya ini tidak disokong formatnya oleh page facebook.

Inilah jawapan saya;
Jawapan ini merujuk kepada discussion yang berlaku di mana saya ada mengatakan "i hate hipocracy".Link kepada discussion itu adalah seperti berikut dimana discussion yang tidak relevan tidak disertakan:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4097721887610&set=o.134555229906187&type=1&theater

Manakala karya yang didiskusikan adalah yang berikut:

Sila ikuti dengan hati terbuka selaras dengan disiplin mencari ilmu. Saya bukan nak menembak sesiapa, cuma mempertahankan pendirian saja.

1.AbdulWahab Khalid Sy rasa lebih sedap ainnya bertutup...sb sifatnya ditengah mmg bertutup...kalu x leh elak boleh laa...

- ini komen dari orang yang ada ilmu bukan dalam kufi sahaja

2.Chegu Izatt Betul Ustaz, tp ini technically kufic correct dlm foks . s tgk ramai dh pkai ain kotak, so sy pkai yg ni. kufi pembetulan akan di up sbntar nanti. Insya Allah.

-pandai2 kata technically kufic correct dalam foKS. Refer charta mana?

3.Abi Husna sambugan ain di tengah pada Nasta'in tak boleh sebab mengganggu karakter huruf, ain bongkok hanya bersambung di dasar.

-saya refer charta FoKS, ok!       


4.Chegu Izatt Maaf. Jika masalah samb. Sy hanya akan diskus bila semua senior lain join skali. Kita bincang. Deep conversation with adrin or karyakufi or else.

            -mula2 tak boleh terima teguran saya

5.Chegu Izatt Bg saye, bkn org lain, itu masih Ain. Soal sambungan, na'budu pun ditgh jgk. Dua² masih readable. Cuma kelihatan jggal skit.

-mungkin bila dah refer carta, baru perasan teguran saya tu betul

6.Ariff Ashaari 99.9% saya bagi, congrats Chegu Izatt!
(markah adalah untuk 'strokes' yaitu kemahiran menggunakan variasi huruf mengikut carta, penyambungan yang betul dan teknikal). Perkara pokok sahaja. Terima kasih.

-ni yang saya kata hipokrit. Kenapa? Sila rujuk carta. Adakah ain tu mengikut carta? Tak,sebab ain tengah ain kotak. Ok, lets say dia guna variasi, ada carta tunjukkan sambungan ain cangkuk kat tengah? Tak de. So, salah ke saya kata hipokrit sedangkan selama ini kalau newbies buat kuf tak betul, terus belasah – rujuk carta, rujuk carta…Dari berminat terus terkujat..

7.Chegu Izatt Thanx en. Ariff Ashaari. Masa sy buat kufi ni, sy bg 110% fokus. Sy rase puas bila siap ayat terakhir hingga editing terakhir. Jd, kalau ade org ckp masih ade ralat, sy terima. Org puji, sy lg terima. Tp sy tau ia xkan puaskan kehendak citarasa semua. (: anyway, kpd yg komen, sy rase elok try, dgn idea anda sendiri, kalau ble, hamzah kekalkan di tempatnya. Kerana ia sebahagian ayat, pndapat sya.)

-orang yang komen tu dah lama buat dik oi..

http://kufiart.blogspot.com/search/label/Fatihah%20n%20Basmallah
http://kufiart.blogspot.com/2011/02/basmallah.html

8.Abi Husna kalau berpegang pada carta foks sebagai rujukan, sila ubah carta FoKS, mana ada sambungan 'ain di tengah badan?

9.Abi Husna sorry guys, i hate hipocricy

10.Chegu Izatt omg. I respect all the seniors. Ariff Ashaari, Karya Kufi, Adrin Pandurama, Muhammad Sobirin Abdul Hamid .Senior² tlg jwb pls. Or else, ini xkan berkesudahan kerana 1 huruf.. I know that all of u are matured enough to handle this. Peace.

11.Ariff Ashaari relax, refer pada discussions yang lepas2, ada banyak Ein yang penyambungan keluar dari tengah. Semua sepakat. Kenapa sekarang jadi isu?

12.Abi Husna so update lah chart kalau tknk jadi isu, what happen to newbies yg refer chart kala chart tak update?

13.Ariff Ashaari Sebenarnya saya personally memang nak update charta tu, tapi sehingga sekarang belum berkesempatan. Walaupun begitu, sebagai rujukan masa kini adalah memadai, isu yang di ketengahkan adalah tentang stroke penyambungan. Dan sememangnya stroke ini bukan yang terbaik, tetapi diterima ramai dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Saya berikan contoh; cuba buat kufi 'Abdul. Pilihan yang ada ialah samada menggunakan 'Ein penyambungan di tengah atau compromise huruf Ba (Ba rumah terlangkup/Ba guna 'awning') Dari segi keutamaan, saya pilih 'penjagaan rumah' berbanding 'penyambungan'. Ma'af jika komen saya bersifat peribadi, ini ada lah kerana menghormati pendirian yang lain. Terima kasih.

1-Bukan yang terbaik – betul ke? Atau memang salah sama sekali
2.Diterima ramai- betul ke? Saya sampai kiamat tak boleh terima
3.Mempunyai kelebihan tersendiri – apa dia? Space usage? Variation? Artistic?Balancing?
4. Dari segi keutamaan, saya pilih 'penjagaan rumah' berbanding 'penyambungan'
-nak je saya kata sekali lagi hipokrit, tapi ikut kronologi discussion ni arif masuk tengah2, mungkin dia tak faham sepenuhnya isu ini. Tapi kerana dia dah terbagi 99.9% kepada artwork ni, terpaksalah backup juga.
Penjagaan rumah  atau penyambungan?
Lihat comparison ini:


     


        kalau benar penjagaan rumah yang diutamakan, sudah tentu variasi lain yang diguna, lihat comparison pada gambar terbawah tu.

14.Muhammad Sobirin Abdul Hamid i got u abi....haha....sori tau kalo telewat sikit....or telalah topic ker...aku xsanggup baca dari atas banyak sgt...ni pasal ain tengkok tengah kan? kalo ain awal logik..kalo ain tengah xlogic sbb nmpak cacat...sekian dan malas nak huraikan lebih2...hahahahhaa...

15.Abi Husna at last,.. someone understand something alhamdulillah..

16.Azizi Mohammed Isa huh.. pompam pompam lg.. xpe la.. ni kan kelas tgh ON... so, Sobirin , ayat ko tu x jelas kemana tuh... Ain ni yg kena reman skang ni.. http://prntscr.com/lmeus
17.Azizi Mohammed Isa Ain tu sedang di reman la abam.. sdg disoal selidik di kantor polisi.. dia salah ka x salah ka.. belom tau dong.. hahahaha

18.Muhammad Sobirin Abdul Hamid satu lgi....aku slalu dgr org ckp pasal carta...? carta tu memang sengaja mula2 dulu aku buat mcm tu...semua huruf kebanyakannya xseragam....kalo rajin ubah ler...aku buat mcm tu pun sbb selain org dpt tgk huruf2 kufi...atleast org dpt idea untuk gunakan huruf...sbb tu aku saja letak huruf yg xseragam dan beterabur...@ bukan dkt variasi.... kalo kurang tlg tambahkan...

19.Azizi Mohammed Isa yup emang nya btol tu pak.. bapak publish pun bukan mau kasi lawan sapa2 pnya chart, kan?..kan..kan.. tapi stgh org mikirnya lain.. dia ingat itu sudah mandotori... so, pak loyar, camna dgn itu Ain? mau kasi tangkap atau mau kasi lepas? klu salah nya skit, kasi warning aje pak... hehehe..

-kalau carta ini sebagai rujukan sahaja, seharusnya ada pemebritahuan yang jelas agar newbies tahu. Makluman yang ada boleh ditafsir sebagai mandatory


20.Muhammad Sobirin Abdul Hamid sbb ianya tampak seperti mau menggampangkan sesuatu, memburukkan, mengenten cacet kan...menampakkan sosok2 hijo...kita tangkap aja dong....mcm tak sesuaey disitu...hahaha........

21.Uzaini Amir tentang carta, saya pun masih mengumpul sebanyak maklumat yang boleh supaya carta itu lengkap, tanpa ada sebarang kompromi, namun sesiapa disini yang siap dulu sila post, saya akan ikut jua, dan saya rasa bukan AIN je yang direman, terdapat juga huruf2 lain yang ditahan reman..

Kalau ikut pada penilaian saya, Sob, Ustaz Wahab dan Uzaini memang tak setuju dengan ain itu tetapi Azizi masih berbelah bagi. Manakala Arif dan Adrin bersetuju dengan ain itu
Ok, itu pendapat masing2 . kita raikan . Tetapi kenapa saya kata hipokrit telah terjawab pada item 6 dan 13(4) di atas
Mungkin kerana permintaan tolongnya dari otai2 tak memihak kepadanya (item 10), malah jawapan sob amat clear (item 20) lalu pembetulan dibuat pada karyanya.


            tapi saya tak faham kenapa mamat ni marah sangat dengan teguran  saya. Saya tak tahu yang mamat ni tak boleh    ditegur, but at least, respect la sikit pada seniority, walaupun saya ni bukan pro sehebat arif, adrin ,suhaili, sob, azizi, uzaini dll.

sori la bro, kalau bukan Quran lu lantaklah nak buat apa. Tapi sebab ini Quran, gua terpaksa tegur.

22.Ariff Ashaari sebelum buat carta yang terbaru, kena kupas dulu bro Uzaini Amir, apa isu 'Ein ni sebenarnya?
-Masya Allah… habis yang dok bincang panjang lebar tu apa?



kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store