Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.

Thursday, December 6, 2012

Sejarah penulisan AlQuran

KUFI KUNO KUFI BARU


Khat kufic adalah jenis tulisan 'monumental' dan tidak digunakan dalam penulisan pada suhuf pada peringkat awal  penghijrahan rasul ke madinah. Ianya semakin diguna pakai dalam urusan harian apabila pembaikan2 dilakukan kepadanya sehingga disempurnakan di bandar Kufah di mana ianya digunakan dalam urusan harian. Pada peringkat awal i.e di zaman nabi sehingga khalifah Umar, tulisan arab tidak bertitik sehinggalah ia di majukan di zaman Khalifah Uthman dengan beberapa penambahan kepada nilai penulisan spt penggunaan titik dan keseragaman kaedah penulisan (qiraat). Oleh itu sekiranya kita melihat kepada tulisan kuno, banyak yang tidak sama dengan tulisan moden. Namun begitu, bagi penulisan AlQuran, rasm Uthmani adalah di gunakan, malah ada ulamak yang mengharamkan pengguguran sebarang huruf atau tanda dari tulisan rasm  Uthmani ini. (walaupun ada juga yang membolehkan, majoriti ulamak muktabar mengharamkan). Ini berkait rapat dengan kedudukan AlQuran itu sebagai mukjizat Nabi di mana setiap huruf adalah mukjizat.
Rasm Uthmani bermaksud kaedah penulisan mengikut apa yang telah dibangunkan oleh Khalifah Uthman dalam menyatukan beberapa rasm lain pada zamannya. setelah mushaf dihasilkan di zaman Khalifah Uthman, suhuf2 lama dibakar bagi mengelak kekeliruan.

Amat menarik mengkaji bagaimana AlQuran ditulis dari suhuf kepada mushaf dan seterusnya perkembangan tulisan AlQuran/ arab itu sendiri.
Gambar di atas menunjukkan perkataan Allah Muhammad dalam kufi kuno melingkari perkataan yang sama yang saya buat dalam kufi moden. Aaakah anda sedar perbezaannya?

No comments:

Post a Comment

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store