Ahlan Wa Sahlan Ya Kawan2... sila lah layari blog ini. .....

NEW BLOG FOR SQUARE KUFI RESEARCH AND TUTORIAL

To focus on research and tutorial on square kufic, please go to my new blog here http://kuficresearch.blogspot.com/
Thank you.
Donno what happened, either it was hacked or my own mistakes. But all previous photos in this blog has gone no where. Cannot be seen unless you see it in my HD :-). Life goes on.. still have no time to rectify this defect, still no time to repost all lost photos. But, for new artworks and articles, insya Allah from time to time i will update. Thank you for visiting and purchasing. To contact me, please use my email. God bless us all

Tuesday, August 20, 2013

Tutorial kufi

Penggunaan Hamzah

Hamzah ada 2 jenis iaitu hamzah baris dan hamzah huruf. Dalam penulisan khat kufi lama, biasanya hamzah baris tidak digunakan contohnya seperti yang terdapat pada qamis sayidatuna fatimah, lihat gambar di bawah:




Perhatikan pada kalimah La ilaha illallah itu, hamzah baris ditiadakan dalam kufi. Ini adalah kerana huruf alif itu boleh berdiri sendiri walau dengan ketiadaan hamzah. Namun begitu, boleh juga kalau hendak dimasukkan hamzah baris tersebut ke dalam kufi. 

Apabila hamzah baris digunakan dalam kufi, saiznya tidak boleh sama besar dengan huruf kerana ia akan mengelirukan bacaan. 

Contoh ke dua, kalimah Allahu akbar 
Apabila dikufikan tanpa menggunakan hamzah, boleh dibuat sebegini :
atau dalam orientasi "pukul satu" - 
Namun begitu , sekiranya hamzah hendak digunakan, berhati2 dalam meletakkan hamzah tersebut agar tidak lari dari fungsinya dan dalam flow yang berterusan (continuity). Jangan nanti dek kerana hendak memasukkan hamzah menjadikan kalimah yang ditulis itu keliru atau lebih teruk lagi ianya salah sebagaimana contoh yang saya dapat dari internet ini :


Kesalahan yang ketara dalam kufi ini ialah hamzah yang ditulis itu berupa huruf Dal. Mungkin pengkarya akan mengatakan ianya hamzah yang berada di atas alif yang berada di datum utara (atas), namun begitu hujah ini masih boleh dipertikaikan kerana hamzah baris sepatutnya lebih kecil dari huruf. Saiz yang sesuai adalah dalam ketinggian 3 bar sahaja. 

Oleh itu apabila menulis kufi dengan menggunakan hamzah, berhati2lah agar ianya tidak mengubah makna ayat  dan mengelirukan khalayak. Tujuan kita berkufi atau berkarya dgn apa2 jenis khat sekalipun adalah untuk menyampaikan apa2 kalimah yang baik kepada khalayak. Jika ianya kalimah keagamaan, apatah lagi ayat quran,maka berhati2 lah..

Semoga bermanafaat.





Wednesday, August 14, 2013

kufi
kufi on canvas, karya kufi, kufi store